keluargaku

keluargaku

Rabu, 27 November 2013

PUISI KUASA DIRI

Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan
Kuasa adalah imej minda
Ia menggambarkan kualiti diri anda
Ia menggambarkan keperibadian anda
Orang yang gagah bagaikan intan
Bersinar dengan kilauan yang ceria
Orang yang gagah diibaratkan kilat
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam
Sememangnya
Orang yang gagah terus berjuang...
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan
Orang yang gagah terus membina...
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya
Orang yang gagah tidak mengenal takut...
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar
Kegagahan menyambar segala ujian
Kegagahan menangkis segala pancaroba
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental
Kebal, tahan lasak dan bersemangat
Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang luar biasa.

1 ulasan:

  1. TAJUK SAJAK:TUHAN MACHO JUGA COMEL..'dimanakah erti wujud ada','sejak bermula wahyu pertama','apabila surat dinyata panca','nabi serta rasul benar','jadi ikutan setiap hidup','begitu otak dengan akal','antara fantasi juga realiti','umpama tersurat sama tersirat','jalan-jalan kertas ghaib','bicara sendiri serta soalan','mudah senang segala-galanya','ketika pintu hati terbuka','hanya cipta juga adil','tunai apabila mentari biru','antara mati hidup semula','seekor lipas jasad tanpa nyawa','bukti benar yakin percaya','itulah tuhan macho smart','juga tuhan comel cantik',..sekian..

    BalasPadam