keluargaku

keluargaku

Khamis, 4 Jun 2015

SAJAK KASIH SAYANG

Kasih dan saying adalah rahmat tuhan
Yang tercipta dalam diri semua
Tak perlu ada perasaan benci
Semua insan mahu disayangi

Kasih dan sayang memberi bahagia
Pada hati restui penerima
Dengan kasih sayang terasuh peribadi
Membentuk hidup yang lebih harmoni

Tanpa kasih dan sayang
Tidak akan sempurna pada ciptaan bernama manusia
Tanpa kasih dan sayang
Tidak akan tercipta kehidupan yang bahagia

Kasih dan cinta membaharui kehidupan
Semua insan memerlukan ketabahan
Dengan sifat mahmudah menjadi panduan diri
Agar hidup yang lebih harmoni

Tanpa kasih dan cinta
Tidak akan sempurna perpaduan sesama  manusia
Tanp akasih dan cinta

Tidak akan tercipta minda cemerlang kasih yang gemilang

SAJAK CUTI SEKOLAH

setiap kali di cutisekolah,
cikgu memberi banyak kerja rumah,
lebih baik tiada cuti sekolah,
setiap kali di cuti sekolah,
murid-murid terasa terseksa,
sebab cikgu memberi kerja,
letihnya tidak tekata,
memang itulah yang sepatutnya,
kerja sejarah membuat nota,
buat latihan sainslah pula,
buat kerja jangan memaksa,
nanti sakit susah siapa?,
buat dengan hati yang ikhlas,
buangkan sikap yang malas,
otak dan badan sentiasa cergas,
kerja kita akan di balas.


Rabu, 27 November 2013

SELAMATKAN AQIDAH

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

PUISI HIJRAH

Hijrah,
Perpindahan umat Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah,
Untuk mengembangkan agama Allah S.W.T.
supaya terbentuk satu kerajaan Islamiyah,
dan membantu manusia ke jalan yang benar,

Terlalu banyak dugaan yang dilalui,
terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki,
demi berhijrah bersama Rasulullah S.A.W yang dikasihi,

Marilah kita berhijrah,
Dari Mazmumah ke Mahmudah,
membentuk perpaduan umah,
seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah,

Kisah Hijrah ini penuh pengajaran,
walaupun kini tinggal kenangan,
menandakan satu kemenangan,
umat Islam yang berpanjangan..

PUISI CERMINKAN DIRI

Anda boleh mensyaki orang lain dengan KERAGUAN
Andan boleh mengkritik orang lain dengan KEMARAHAN
Anda boleh mengelakkan orang lain kerana PERSELISIHAN
Andan boleh menjatuhkan muka orang lain kerana  KEEGOAN
Mungkin anda telah memenangi setiap pertelingkahan
Dengan strategi dan kehebatan perancangan anda
Anda cuba mengetawakan dunia
Dalam suasana riang dan gembira ....
Berapakah orang yang sudi dan sanggup menilai diri
Relakah kita mendengar suara kecil hati kita
Yang sekian lama diabaikan dan dilupai
Anda boleh menipu sesiapa pun diluar
Pada hakikatnya,
Anda tetap perlu membayar harga menipu sendiri
Masa akan sampai …
Untuk kita merasa segala kepahitan
Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh dirimu
Kita pergi tanpa penghargaan
Nama dikeji selama berabad
Perhatikanlah diri sendiri dan bukan orang lain
Perhatikanlah hati minda dan bukan rupa paras
Perhatikanlah tindakan dan bukan sekadar percakapan
Tanyalah diri secara ikhlas …
Apakah saya sudah lakukan sesuatu yang bernilai kepada dunia dan akhirat

PUISI BUKA MATA HATIKU

Hatimu bagaikan jendela
Dedahkanlah untuk disinar oleh Sang Suria
…….. Kerana terlantar di dalam
 Benih keikhlasan dan kejujuran
Yang sedia bercambah mencari kebenaran
Yang sekian lama tertekan tanpa bernafas
Yang sekian lama terkonkong tanpa kebebasan
Yang sekian lama dicabar bila menegakkan kemulian
Kini ku mula sedar,
Segala kepalsuan sedia ku hancurkan
Walau kedegilan terus menghambakan jiwa ragaku
Aku tetap berani menegakkan kebenaran
Demi kenyataan hidup yang sejagat
Aku sedia mencelikkan mata hatiku
Dan menghidupkan nilai murni nun suci
Walau ku nampak istimewa dari yang lain
Tetap ku layarkan hasrat sejati ini
Agar tidak terlewat suatu ketika
Tersentak dari  tidur yang berabad
Ku sedia bukakan hatiku
Dami keunggulan dan kejayaan

PUISI KUASA DIRI

Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan
Kuasa adalah imej minda
Ia menggambarkan kualiti diri anda
Ia menggambarkan keperibadian anda
Orang yang gagah bagaikan intan
Bersinar dengan kilauan yang ceria
Orang yang gagah diibaratkan kilat
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam
Sememangnya
Orang yang gagah terus berjuang...
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan
Orang yang gagah terus membina...
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya
Orang yang gagah tidak mengenal takut...
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar
Kegagahan menyambar segala ujian
Kegagahan menangkis segala pancaroba
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental
Kebal, tahan lasak dan bersemangat
Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang luar biasa.