keluargaku

keluargaku

Isnin, 6 Mei 2013

PUISI KAMPUNGKU DI BANDAR


Setiap kali di musim cuti
Rakan-rakan bertanya kepadaku
Tidakkah kau pulang ke kampung
Bilakah kau hendak pulang ke kampung
Di dalam hatiku bertanya
“bagaimanakah hendak aku jawab?”
Aku tidak tahu adakah aku mempunyai kampung
Kampungku tidak sepertimana yang digambarkan
Kerana kampungku ialah Bandar
Orang tuaku berasal daripada Bandar
Itulah kampungku
Walaupun rumahnya bukan diperbuat daripada kayu
Di tengah pecan
Di dalam hutan batu
Lebih kurang sahaja seperti rumahku
Menyebut tentang rumahku
Terbalik pula keadaannya
Di kawasan yang terdapat banyak kampung
Berhampiran dengan kawasan sawah padi
Pecan dan Bandar jauh kelihatan
Gambaran dan suasananya
Seolah-olah rumahku adalah kampungku
Tetapi kampungku yang sebenar
Adalah Bandar yang jauh di sana..