Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya
Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa
Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama
Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara
Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
keluargaku
Rabu, 27 November 2013
PUISI HIJRAH
Hijrah,
Perpindahan umat Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah,
Untuk mengembangkan agama Allah S.W.T.
supaya terbentuk satu kerajaan Islamiyah,
dan membantu manusia ke jalan yang benar,
Terlalu banyak dugaan yang dilalui,
terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki,
demi berhijrah bersama Rasulullah S.A.W yang dikasihi,
Marilah kita berhijrah,
Dari Mazmumah ke Mahmudah,
membentuk perpaduan umah,
seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah,
Kisah Hijrah ini penuh pengajaran,
walaupun kini tinggal kenangan,
menandakan satu kemenangan,
umat Islam yang berpanjangan..
Perpindahan umat Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah,
Untuk mengembangkan agama Allah S.W.T.
supaya terbentuk satu kerajaan Islamiyah,
dan membantu manusia ke jalan yang benar,
Terlalu banyak dugaan yang dilalui,
terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki,
demi berhijrah bersama Rasulullah S.A.W yang dikasihi,
Marilah kita berhijrah,
Dari Mazmumah ke Mahmudah,
membentuk perpaduan umah,
seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah,
Kisah Hijrah ini penuh pengajaran,
walaupun kini tinggal kenangan,
menandakan satu kemenangan,
umat Islam yang berpanjangan..
PUISI CERMINKAN DIRI
Anda boleh mensyaki orang lain dengan KERAGUAN |
Andan boleh mengkritik orang lain dengan KEMARAHAN |
Anda boleh mengelakkan orang lain kerana PERSELISIHAN |
Andan boleh menjatuhkan muka orang lain kerana KEEGOAN |
Mungkin anda telah memenangi setiap pertelingkahan |
Dengan strategi dan kehebatan perancangan anda |
Anda cuba mengetawakan dunia |
Dalam suasana riang dan gembira .... |
Berapakah orang yang sudi dan sanggup menilai diri |
Relakah kita mendengar suara kecil hati kita |
Yang sekian lama diabaikan dan dilupai |
Anda boleh menipu sesiapa pun diluar |
Pada hakikatnya, |
Anda tetap perlu membayar harga menipu sendiri |
Masa akan sampai … |
Untuk kita merasa segala kepahitan |
Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh dirimu |
Kita pergi tanpa penghargaan |
Nama dikeji selama berabad |
Perhatikanlah diri sendiri dan bukan orang lain |
Perhatikanlah hati minda dan bukan rupa paras |
Perhatikanlah tindakan dan bukan sekadar percakapan |
Tanyalah diri secara ikhlas … |
Apakah saya sudah lakukan sesuatu yang bernilai kepada dunia dan akhirat |
PUISI BUKA MATA HATIKU
Hatimu bagaikan jendela |
Dedahkanlah untuk disinar oleh Sang Suria |
…….. Kerana terlantar di dalam |
Benih keikhlasan dan kejujuran |
Yang sedia bercambah mencari kebenaran |
Yang sekian lama tertekan tanpa bernafas |
Yang sekian lama terkonkong tanpa kebebasan |
Yang sekian lama dicabar bila menegakkan kemulian |
Kini ku mula sedar, |
Segala kepalsuan sedia ku hancurkan |
Walau kedegilan terus menghambakan jiwa ragaku |
Aku tetap berani menegakkan kebenaran |
Demi kenyataan hidup yang sejagat |
Aku sedia mencelikkan mata hatiku |
Dan menghidupkan nilai murni nun suci |
Walau ku nampak istimewa dari yang lain |
Tetap ku layarkan hasrat sejati ini |
Agar tidak terlewat suatu ketika |
Tersentak dari tidur yang berabad |
Ku sedia bukakan hatiku |
Dami keunggulan dan kejayaan |
PUISI KUASA DIRI
Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan |
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan |
Kuasa adalah imej minda |
Ia menggambarkan kualiti diri anda |
Ia menggambarkan keperibadian anda |
Orang yang gagah bagaikan intan |
Bersinar dengan kilauan yang ceria |
Orang yang gagah diibaratkan kilat |
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam |
Sememangnya |
Orang yang gagah terus berjuang... |
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan |
Orang yang gagah terus membina... |
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya |
Orang yang gagah tidak mengenal takut... |
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar |
Kegagahan menyambar segala ujian |
Kegagahan menangkis segala pancaroba |
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental |
Kebal, tahan lasak dan bersemangat |
Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang luar biasa. |
Langgan:
Catatan (Atom)