keluargaku

keluargaku

Rabu, 27 November 2013

SELAMATKAN AQIDAH

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

PUISI HIJRAH

Hijrah,
Perpindahan umat Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah,
Untuk mengembangkan agama Allah S.W.T.
supaya terbentuk satu kerajaan Islamiyah,
dan membantu manusia ke jalan yang benar,

Terlalu banyak dugaan yang dilalui,
terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki,
demi berhijrah bersama Rasulullah S.A.W yang dikasihi,

Marilah kita berhijrah,
Dari Mazmumah ke Mahmudah,
membentuk perpaduan umah,
seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah,

Kisah Hijrah ini penuh pengajaran,
walaupun kini tinggal kenangan,
menandakan satu kemenangan,
umat Islam yang berpanjangan..

PUISI CERMINKAN DIRI

Anda boleh mensyaki orang lain dengan KERAGUAN
Andan boleh mengkritik orang lain dengan KEMARAHAN
Anda boleh mengelakkan orang lain kerana PERSELISIHAN
Andan boleh menjatuhkan muka orang lain kerana  KEEGOAN
Mungkin anda telah memenangi setiap pertelingkahan
Dengan strategi dan kehebatan perancangan anda
Anda cuba mengetawakan dunia
Dalam suasana riang dan gembira ....
Berapakah orang yang sudi dan sanggup menilai diri
Relakah kita mendengar suara kecil hati kita
Yang sekian lama diabaikan dan dilupai
Anda boleh menipu sesiapa pun diluar
Pada hakikatnya,
Anda tetap perlu membayar harga menipu sendiri
Masa akan sampai …
Untuk kita merasa segala kepahitan
Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh dirimu
Kita pergi tanpa penghargaan
Nama dikeji selama berabad
Perhatikanlah diri sendiri dan bukan orang lain
Perhatikanlah hati minda dan bukan rupa paras
Perhatikanlah tindakan dan bukan sekadar percakapan
Tanyalah diri secara ikhlas …
Apakah saya sudah lakukan sesuatu yang bernilai kepada dunia dan akhirat

PUISI BUKA MATA HATIKU

Hatimu bagaikan jendela
Dedahkanlah untuk disinar oleh Sang Suria
…….. Kerana terlantar di dalam
 Benih keikhlasan dan kejujuran
Yang sedia bercambah mencari kebenaran
Yang sekian lama tertekan tanpa bernafas
Yang sekian lama terkonkong tanpa kebebasan
Yang sekian lama dicabar bila menegakkan kemulian
Kini ku mula sedar,
Segala kepalsuan sedia ku hancurkan
Walau kedegilan terus menghambakan jiwa ragaku
Aku tetap berani menegakkan kebenaran
Demi kenyataan hidup yang sejagat
Aku sedia mencelikkan mata hatiku
Dan menghidupkan nilai murni nun suci
Walau ku nampak istimewa dari yang lain
Tetap ku layarkan hasrat sejati ini
Agar tidak terlewat suatu ketika
Tersentak dari  tidur yang berabad
Ku sedia bukakan hatiku
Dami keunggulan dan kejayaan

PUISI KUASA DIRI

Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan
Kuasa adalah imej minda
Ia menggambarkan kualiti diri anda
Ia menggambarkan keperibadian anda
Orang yang gagah bagaikan intan
Bersinar dengan kilauan yang ceria
Orang yang gagah diibaratkan kilat
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam
Sememangnya
Orang yang gagah terus berjuang...
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan
Orang yang gagah terus membina...
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya
Orang yang gagah tidak mengenal takut...
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar
Kegagahan menyambar segala ujian
Kegagahan menangkis segala pancaroba
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental
Kebal, tahan lasak dan bersemangat
Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang luar biasa.

Ahad, 15 September 2013

puisi cinta ilmu


ilmu itu cahaya kehidupan
menjadi kunci kejayaan
alam semesta terus diteroka
untuk menempuh hidup mendatar

kekosongan ilmu disetiap jiwa
hidup bagaikan tak bermaya
tanpa arah dan tujuan
menempuhi kehidupan
untuk mengejar kejayaan

cintaku pada ilmu
sedalam lautan biru
cintaku pada ilmu
setulus murni kasih ibu

akan terus ku teroka
merentasi pelusuk dunia
tanpa rasa gundah gulana
kejayaan milik selamanya

akan terus ku mencarinya
tempuh halangan dan cabaran
akan terus ku meneroka
selagi azam di puncak dunia
hingga mencapai satu impian

ku kejar bayanganmu

Mencari bayang-bayang
Yang menghuni ruang fikiran
Sejuta rasa dalam jiwa lara
Berbekas tanpa ada luka

Kau semakin menjauh
Walau dekat mata memandang
Cuba ku gapai dalam kepayahan namun biarkan seketika

Ku bicara dengan bayanganmu
Walau tutur kata kosong membisu
Akan ku mengulang  bicara biar pun untuk selamanya
Diriku tetap setia
Walau jauh kembara perjalanan dimanakah nokhtahnya
Tanpa ku gelisah
Ku kejar bayangmu…


Mungkinkah sia-sia sayang
Segala yang aku korbankan
Tapi tak mengapa ku berserah saja
Tuhan sajalah yang menentukan dimanakah cinta
Ku kejar bayangmu…

Sabtu, 14 September 2013

PUISI RENUNGAN

Apakah hidup ini jika, penuh dengan penjagaan,
Kami tidak mempunyai masa untuk berdiri dan merenung.
Tiada masa untuk berdiri di bawah dahan
Dan melihat kambing atau lembu meragut rumput.
Tiada masa untuk melihat, apabila kita melalui hutan,
Jika tupai kacang menyembunyikan mereka di rumput.
Tiada masa untuk melihat, pada siang hari,
Sungai penuh bintang, seperti langit pada waktu malam.
Tiada masa untuk berubah pada pandangan indah ini,
Dan menonton kakinya, bagaimana mereka boleh menari.
Tiada masa untuk menunggu sehingga mulutnya boleh
Enrich senyuman matanya bermula.
Sebuah kehidupan yang miskin ini jika, penuh dengan penjagaan,
Kami tidak mempunyai masa untuk berdiri dan merenung.

Isnin, 6 Mei 2013

PUISI KAMPUNGKU DI BANDAR


Setiap kali di musim cuti
Rakan-rakan bertanya kepadaku
Tidakkah kau pulang ke kampung
Bilakah kau hendak pulang ke kampung
Di dalam hatiku bertanya
“bagaimanakah hendak aku jawab?”
Aku tidak tahu adakah aku mempunyai kampung
Kampungku tidak sepertimana yang digambarkan
Kerana kampungku ialah Bandar
Orang tuaku berasal daripada Bandar
Itulah kampungku
Walaupun rumahnya bukan diperbuat daripada kayu
Di tengah pecan
Di dalam hutan batu
Lebih kurang sahaja seperti rumahku
Menyebut tentang rumahku
Terbalik pula keadaannya
Di kawasan yang terdapat banyak kampung
Berhampiran dengan kawasan sawah padi
Pecan dan Bandar jauh kelihatan
Gambaran dan suasananya
Seolah-olah rumahku adalah kampungku
Tetapi kampungku yang sebenar
Adalah Bandar yang jauh di sana..

Selasa, 26 Mac 2013

PUISI DENGARLAH


Sejak pra-sekolah lagi hingga hari ini,

Kawan anda sentiasa berubah-ubah,

Tetapi ibubapa anda yang itu juga,

Tidak berubah.

Jangan ‘korbankan’ ibubapa,

Kerana terlalu ikut kehendak rakan,

Biar ‘korbankan’ rakan kerana ibubapa!

Ada pelajar terlalu taat dan taksub kepada rakan,

Dan sanggup biarkan ibubapa berlenang air mata.

Jangan begitu. Jangan!!

PUISI TENTANG KAWAN


Sendirian lebih baik daripada mengambil teman
Yang duduk dengan orang jahat,
Dan teman duduk dengan orang baik,

Adalah lebih baik daripada sendirian,

Kawan yang jahat dan tak ikhlas,

Perlu lebih ditakuti dari binatang buas,

Kerana binatang buas,

Hanya boleh mencederakan jasad kamu,

Tetapi kawan tadi,

Boleh mencederakan fikiran kamu,

Sahabat sejati adalah orang-orang,

Yang dapat berkata-kata benar denganmu,

Dan bukan orang-orang,

Yang dapat membenarkan kata-katamu,

Bermusuh dengan orang yang berakal,

Lebih ringan daripada,

Bersabat dengan orang bodoh..

Isnin, 25 Mac 2013

PUISI MENATAP MATAMU

Terpaku melihatmu
redup sepasang matamu…merenungku
takkan terlepas lagi
kian rancak debaran
tak keruan
dan waktu bagaikan terhenti
walau mentari terasa hangat menyinari
kabus menghilang dibawa deru angin
namun aku masih di sini memandangmu
tenggelam dalam khayalan.

Titipan rindu dalam kebisuan
tiada kata terungkap antara kita
hanyalah mata berbicara
hening suasana terasa damai
tika menatap matamu
getar kasih mengalir di relung sukma
tanpa sedar masa pun berlalu
dan kita berdua masih di situ
terpasung dalam ilusi rindu..


by- Fatin Nadia

Sabtu, 23 Mac 2013

Kakak F.... N....

Namamu ku sebut,
teringat padamu,
terbayang wajahmu,
wajahmu yang ayu,
sikapmu yang pemalu,
sopan santun pekertimu,
apabila terserempak dengan mu,
ku perasan akan dirimu,
kau perasan diriku memandang mu,
kau membalas dengan senyuman mu,
terus kau palingkan muka mu,
ku tahu dirimu malu,
sikapmu yang pendiam itu,
disukai ramai kawan-kawan mu,
ramai menyukai sikapmu itu,

Selasa, 12 Mac 2013

PUISI TAMAN


Taman


Dedaunan hijau melambai tertiup angin
denting suara bertalu diantara sunyi taman ini
ragam jenis pohon yang jadi wajibku
ragam perdu di balik ukir batu
memberi celah sunyi untuk sang matahari
dentingan bertalu-talu diantara pepohonan yang bisu
hingga tertekan angin dari asap yang menggebu

Dedaunan hijau runtuh merelakan kawan tua
sesaat hingga suara-suara memberontak di kesunyian taman
hingga mereka berdatangan diantara tanah batu ukir
rindangnya alam taman terusir
khayalku terhenti…..
taman ini memintaku pergi
seakan enggan tak dapat menampakkan lagi
keasrian perlindungan sunyi
yang mereka tawarkan padaku hingga pagi ini

Aku pun beranjak pergi
ketika sang pembawa pesan menawarkanku tuk kembali
nanti berkhayal rindangnya sunyi
paru-paru ibu pertiwi
yang mereka bawa hingga mati dan tumbuh kembali
meski nyata itu telah jauh pergi
Aku berjanji untuk kembali
mengingat kembali hijaunya ibu pertiwi..

PUISI JUMA'AT



Malam ini malam Jum’at
Saatnya saling memberi taujihat
Ucapan lembut bertabur nasihat
Agar hidup menjadi berkat
Tahukah engkau sebab malas ibadat
Berucap baik kau tak semangat
Tak kuasa berdiri shalat
Apalagi membayar zakat
Itu karena bisikan syaithan terlaknat
Dan kepada Rabb engkau bermaksiat
Bila qalbu tak kau beri obat
Lama-lama jalanmu sesat
Tanpa taqwa dosa melekat
Hati pun kotor menghitam pekat
Karena itu bertobat cepat
Tak tahu kita maut t’lah dekat
Saat kematian datang dengan cepat
Tahulah kita semua terlambat
Tersiksa dingin wajah memucat
Nyawa pun dicabut oleh malaikat
Masukkah kita mukmin mukminat
Atau terjerembab ke azab dahsyat
Putus asa kita di saat sekarat
Menatap kosong menanti akhirat
Inilah ucapan dan pesan yang singkat
Ku berharap menjadi pengingat
Hidayah itu anugerah dan nikmat
Dari Allah yang penuh rahmat
Sememangnya kita perlu ingat

PUISI PELUANG


Peluang


Sepanjang perjalanan ku penuh cabaran

Antara padang mahsyar hingga ke akhirat

Setelah dihisab semua amalan kita di dunia

Yang sementara…


Terfikir di fikiran tentang kejadian

Apa yang bakal berlaku kita di sana

Dihitung segala dosa dan pahala kita

Di atas dunia…


(Muhammad rasulku

bantu daku di situ

Ku bersalawat ke atas mu

Setulus jiwaku


Sungguh ku tak berpeluang

Untuk bertemu dengan mu

Tapi di dalam hatiku

Sentiasa mengingatimu.)                                              (korus)


Izinkan aku bertemu denganmu di suatu waktu

Walau bukan di dunia

Ku ingin berjumpa di akhirat sana                                             (ulang korus)

Sabtu, 9 Mac 2013

PUISI HANYA UNTUKNYA



HANYA UNTUKNYA
Seorang insan yang hatinya
hanya kepada Allah
sangat menginginkan
tiadanya kepentingan peribadi
atau untuk duniawi
Dirinya menginginkan
tunduk khusyuk hanya kepada-Nya
dipenuhi masa bertakwa sentiasa
merasa betapa ruginya
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala
Andaikan lebih dihajatinya
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah
Allah-lah segala-galanya...
yang menyiram air ketenangan
yang menyinar cahaya keteduhan
di ruang hati yang berseri
bersinar cahaya kebahagiaan...
abadi sentiasa...
Itulah pencinta Allah
Islam junjungannya...
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya...

BISMILLAH


BISMILLAH


Bismillah..pembuka segala

Perbuatan dan berbicara

Supaya Allah bantu kita

Dalam urusan kerja

 

Marilah kita mengamali

Adab dan sunnah-sunnah nabi

Dapat kita tenangkan hati

Dengan keihklasan diri

 

Sebelum mula bicara

Hendaklah membaca bismilah

Mengingati adanya Allah

Yang berada di setiap jiwa

Dan ada di samping kita

 

Ku tahu kau ada di sisi ku

Ku percaya kau melindingiku

Bantulah hambamu ini

Yang beribadat di sepanjang hari

 

Sebelum ajal tiba

Ku mahu cita-cita ku

Akan tercapai jua

Dan mendapat keredhaan
 

Sabtu, 2 Mac 2013

PUISI KEINDAHAN ALAM



melihat keindahan alam maya
ditunjukkan kita kebesaranNya
jangan lupa siapa penciptanya
Dialah Yang Maha Esa

angin meniup dedaun hijau
ketenangannya tidak terjangkau
menunggang basikal sambil merayau
marilah singgah ke surau

melihat langit yang biru
terlihat kita kebesaranMu
terdengar azan yang mendayu
ingatlah kita akan 5 waktu

sedang kita berjalan-jalan
jangan lupa akan ajaran
al-Quran kita jangan lupakan
di akhirat sana Ia nantikan..